Thursday, April 7, 2011

Aqiqah

Entry kali ni tentang Aqiqah...satu lg mklumat yg aku nk kongsi & berikut adalh hasil pncarian d hjg jari...

Mksud Aqiqah dari segi bahasa :

  • Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan
  • Bererti “pertolongan”

Mksud Aqiqah dari segi syarak :

  • Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan
  • Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah

Hukum Aqiqah

Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut). Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.


Rasulullah S.A.W bersabda:

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.

(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)


Tujuan Aqiqah

  • Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah SWT.
  • Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah SWT kepada kita.
  • Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan.
  • Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.

Cara melakukan Aqiqah

  • Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau betina)
  • Bagi bayi perempuan : Menyembelih seekor kambing (jantan atau betina)
  • Penyembelihan Aqiqah hendaklah dilakukan SEBAIK-BAIKNYA ketika anak berumur 7 hari
  • Kalau tak dapat dibuat pada hari ke-7, maka boleh dilakukan pada hari yang ke-14
  • Kalau tak dapat buat pada hari ke-14, maka buatlah pada hari yang ke-21
  • Dan kalau tak dapat juga dibuat pada hari ke-7, 14 atau 21, maka diharuskan ungtuk buat pada bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dibuat
  • Sebelum melakukan penyembelihan, adalah disunatkan untuk cukur dulu rambut bayi dan timbang rambut tersebut dengan perak. Kemudian, nilai rambut tersebut hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin
  • Semasa proses sembelihan dilakukan, adalah disuruh untuk kita menyebut nama anak yang ingin diAqiqahkan itu
  • Penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit
  • Daging sembelihan aqiqah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan itu kepada orang lain
  • Masakan yang dibuat jangan terlalu pedas, sebaliknya buatkan ia sedikit manis
  • Tidak dibenarkan untuk memecahkan tulang binatang yang disembelih. Contohnya dibuat sup tulang, adalah dilarang.

Binatang yang boleh dibuat Aqiqah selain kambing

Menurut ulamak, berikut ini adalah binatang yang boleh dijadikan sebagai Aqiqah:

  • Unta (berumur antara 5 ke 6 tahun)
  • Lembu atau kerbau (berumur 2 ke 3 tahun)
  • Kambing atau biri-biri (telah berumur 2 tahun atau dah bertukar gigi)
  • Kibas (dah berumur 1 tahun atau dah bertukar gigi)

* Binatang yang dipilih untuk Aqiqah juga disyariatkan mesti yang TIADA KECACATAN.


Hikmah dan kebaikan melakukan Aqiqah

  • Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
  • Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan bersusah payah demi anak-anaknya.
  • Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
  • Melindungi anak daripada gangguan syaitan
  • Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.

Sunday, April 3, 2011

BPA

entry kali ni nk share tentang isu BPA...mklumat pon aku amik dr sumber tertera sbb rsnyer aku jer yg ketinggalan masukkan entry tntang isu ni....


BPA

Bisfenol A (BPA) - bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pel
bagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).


Mengelakkan BPA
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
sumber: ratuhati.com



Pengendalian botol susu bayi polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Kenalpasti botol susu bayi polikarbonat

**botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dgn perkataan
"BPA free" atau "Bebas BPA"


Aternatif botol susu bayi bebas BPA
Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), kaca dll.




sumber: www.infosihat.gov.my

Wednesday, March 23, 2011

Al-Mathurat

Entry kali ni, aku nk share tntang kelebihan zikir al-mathurat...byk fadhilatnya.

Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya dibaca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah s.a.w bersabda; ” Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.” (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi” (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah S.W.T terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

sumber: IluvIslam.com; www.hatikering.wordpress.com

Amalan & Doa Semasa Mengandung

Alhamdulillah atas segala kurniaanNya...
Sejak awal tau peknan lg aku nk beli buku pasal info utk ibu mengandung, maklum lah, lngsung x pengalaman n terasa ksong tntang ilmu kehamilan...tp x masa (betapa bz nye seorg aku)..apepon skang semua d hjg jari, hnya taip saje dh tertera kat layar pc...

amalan semasa mengandung


Antara doa untuk ibu yg sedang hamil:

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
sumber:


Dan semalam smpat jugak ler singgah kat kedai buku...maka terjumpa lah buku spt di atas..bagus buku ni, lengkap n panduan yg cukup berguna...tgk ler sape penulisnyer...hehe...

Tuesday, March 22, 2011

Cukur Jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.


Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.


Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

sumber: www.utusan.com.my


Tanda-tanda hamil

Assalamualaikum...

Lame nyer aku menyepikan diri dari berblog...apepon Alhamdulillah, masih dberi kesihatan yang baik olehNya untuk meneruskan hidup yg penuh onak & duri ini...dan entry kali ni...hehe xmo cite pnjang cuma nk share dgn bakal-bakal ibu di luar sane tntang tanda-tanda hamil..saat yg pastinya dinantikan oleh para isteri...

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walau bagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung.

sumber:

Thursday, December 31, 2009

...wajah baru...

...wawww..da meriah nmpak bLog aku..semua suda "bertukarrrr"...thank u beri-beri much 2 Dr.Mai kerna merevolusikan bLog ku..dr kaler plain, ke bunga2..dr space yg kosong ke mcm2 adaa..al-maklum la, aku ni level suku amatur pon lom smpai lg lam berblog nie..tQ2...




...erm tajuk pon aku da tukar..dr "diary datEn nOrbaya" ker "pErpEL noTes"..but sskali nk mbahasakan diri guEh "datEn" jugak..(nada2 koya masih ader)..ahakkss...




...nk promot sket ek.."header" tu Dr.Mai a.k.a "catlina" yg create taw..yg gueh punyer tu beri simple..boley tempah yg x-clusive jugak..so saper2 yg berminat, boley berurusan ngan beliau ekk..di laman http://kedaigambarkami.blogspot.com/...




...act aku n dr.mai a.k.a catlina jumper kat bengkel yg br jer selesai (31/12/09)..tak sangka aku jumper ngan org yg xpert tang blog..berjaya jua touch up blog aku even simple sgt2..but i like...


...maka seb abis bengkel kat residence inn, cherating sempat ler kami berposing..jgn mare ekk...


~posing skett~

~aku n Dr.Mai a.k.a cAtlina~